Tuesday, February 22, 2011

WAHAI WANITA

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. Kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar baginda boleh berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. Maka  terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling kini terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.

Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka. Segalanya bergantung kepada agamanya..

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah, barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit, berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.

Tanpa Aishah, barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.

Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.

Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.

Tanpa Masitah, barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.

Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...


Monday, February 21, 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG WANITA UMNO KEMAMAN


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI. 

SELAWAT DAN SALAM BUAT JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD S.A.W. 

ALHAMDULLILLAH

AKHIRNYA BLOG WANITA UMNO KEMAMAN INI DAPAT DIWUJUDKAN. MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN. SEGALA PANDANGAN, TUNJUK AJAR DAN PANDUAN DARI SAHABAT DAN KENALAN AMAT DIALU-ALUKAN.